Entry kali ni Madam nak share dengan korang macam mana kalau kita nak tahu seseorang tu cemburukan kita. Dengan kata lain macam mana nak kenal seseorang yang mempunyai penyakit hati.
Tahukah kalian, bahawa penyakit hati ni amat sangat la bahaya. Sebab dalam diam akan boleh ada nya fitnah, mengumpat semua..
Entry sebelum ni, Madam ada share dengan korang bila kawan pasal kan. Pasal jiran perempuan tu, ye betul dia kawan 1 sekolah menengah Madam, 1 kampung dengan suami jgk.
Untuk di jadikan cerita, B4 ni kami tinggal di Shah Alam, kemudian berpindah ke Jalan Kebun. Masa tu abang jiran ni berpindah balik Kelantan, so dia hendak cari jiran baru yang dikenali sebagai pengganti. Masa tu pula kami memang nak pindah memandangkan suami Madam (Mr.HoHo) ni selalu outstation, kawasan kami tinggal plak selalu ada kes pecah rumah, so kami pilih untuk pindah ke sana memandangkan jiran baru ni kawan 1 sekolah dan 1 kampung kan, jadi ase ok & selamat la ckit.
Tidak dinafikan, asalnya mereka baik, suami isteri tolong kami masa pindah tu, suami dia ada datang tolong mengecat juga, dia pon tolong buatkan air untuk kami, pernah bagi makanan, suami dia pernah tolong hantarkan Mr.HoHo ke hospital, masa kereta kami mati, dia tolong. Bagi kami mereka baik sangat. Senang sangat bab pertolongan tu. Tapi siapa sangka disebalik tu lain yang jadinya pada kemudian hari..
1st yang Madam perasan, masa pindah tu dia cakap uma mak dia pon ada freezer tapi besar. Madam cam pelik la, dah dengan freezer ni? Bagi Madam siapa nak beli, tu hak masing-masing, kalau ase benda tu penting, beli je la kan. Madam memang letak dalam freezer lauk, aiskrim & semua yang sejuk beku. Untuk peti, buat ais je kat freezer tu.
2nd, dia ada tanya water filter berapa beli? Madam gtau la Dr.Amsyar ni murah je, dalam RM 1100-RM1200 je, beli CASH. Sebab Madam x suka hutang ni. Tup2 dia beli cuckoo. Pas dia blk dr kampung, terus gtau dia beli cuckoo tu dah lama, b4 ni rosak.. adudu, nak bohong pon berpada la..Madam x kisah la..Bagi Madam benda tu memang penting. Ssbab tu Madam beli..hahaha
3rd, bila Mr.HoHo kena warded / pg hospital, memang kami ke COLOMBIA ASIA / KJP / SUNWAY MEDICAL CENTER sebab dia ada personal takaful, so pergi sana je la.. Kami pergi juga kat gov hospital, xde masalah untuk kami ke gov swasta, pernah warded kat gov hospital juga okay la, elaun hospitalincome & elaun hospital gov pon masuk...hahaha.. So okay je.. B4 ni suami dia pernah operate, guna company punya insuran, pernah gtau dia xde insuran personal. Tup2 bila dia tau Mr.HoHo ada elaun warded, ada takaful..aikkk tetiba dia ada insuran.. 1 family lagi.. Madam cakap alhamdulillah lah ada takaful / insuran sebab tak semua orang sedar pentingnya takaful ni. Tetiba anak dia sawan, dia g la gov hspital.. Pernah la dua kali gtu kena & warded, Madam tanya la, nape x pg Colombia Asia je..dekat sangat dengan uma kami, alasan dia lupa, medical x aktif lagi.. Tup2 bulan 12 tu baru sign up takaful.. Adudu.. kalo xde, cakap je xde, bukan orang remehkan pon.. Orang / perunding takaful ni dia nak tolong, kalau bohong gtu, yang asal kesian pon x jadi. Kesian kat anak la sawan berkali-kali.
4th, bilamana Madam dapat hadiah kereta dar Mr.HoHo, dia terus order kereta baru. Katanya dia xtau plak Madam beli kereta, pastu dia nak beli kereta baru, xnak second ni. Alhamdulillah rezeki masing-masing kan. Tambah pula, bertambah anak, mesti nak kereta lagi besar. Tup2 sampai kereta second, dengan bangga cakap kereta nama dia walaupun suri rumah. Alhamdulillah okay la tu Madam cakap, rezeki, dapat anak, dapat kereta. Madam gtau la, kereta Madam walaupun hadiah, masih nama Mr.HoHo, tapi ada insuran hayat, if pape berlaku, Madam dah xperlu bayar pape, tak menanggung hutang.
5th, dia selalu akan gtau abang dia keje apa, ada kereta apa, Madam ni okay-okay je la, sebab Madam memang jenis x kisah dengan harta orang, adik beradik sendiri pon, bagi Madam, tu rezeki masing-masing. 1 lagi Madam jenis x bercerita kat orang latak belakang keluarga Madam, cukup la yang mana tahu & kenal Madam, diorang tahu ahli keluarga Madam. Madam masih berpijak di bumi yang nyata..hihi.. Hidup mesti sedar diri..gitu haaa...
6th, kalo borak, dia tanya atau terborak tentang apa yang Madam ada, mesti dia akan cakap dia/ abang/ kakak/ mak dia ada.. Madam makin pelik. Dia kenapa macam ni? Tapi Madam diam je la. Iya kan je la. Tapi Madam xde fikir negative pape pon pasal dia.. still hidup macam biasa. Sehingga lah...jeng jeng jeng...
7th, lagi beberapa hari / seminggu Madam gtau nak g umrah, dia cam terkejut sangat-sangat. Terus dia cakap abang dia pon nak g umrah. Alhamdulillah lah kalo gtu.. Rezeki sangat bila dapat jadi tetamu Allah SWT, dapat g jumpa Rasulullah SAW juga.
Baliknya Madam dari umrah, dia macam elak diri dari jumpa Madam, kalo terserempak pon Madam yang tegur dahulu. Kalau family dia datang, Madam tegur je macam biasa, tapi dia cam lari dari Madam. Kenapa?? Madam pon xtau la.. Sehingga la dia up status kat FB tapi Madam diam je, kat Mr.HoHo pon Madam xgtau walaupun Madam sedih sangat. Lepas baca tu, Madam terus call tuan rumah, gtau hal sebenar..
Dan sehingga lah terjadi nya kes terjah umah hingga jadi kes polis.. itu lah al-kisahnya.. Gigihnya uollsss baca ye.. Apa pon, thanks la sudi baca..
TIPS UNTUK HATI YANG POSITIF
* Kita jangan bandingkan hidup kita dengan orang yang senang tapi bandingkan hidup kita dengan mereka yang lebih susah supaya kita menghargai & mensyukuri segala nikmt yang Allah SWT bagi kepada kita.
* Kita jangan segan untuk berlaku jujur walaupun jujur tu lagi pahit.
Ulasan
Catat Ulasan