KENAPA PILIH HOSPITAL SWASTA??

Kenapa ada masanya kita perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta?

Tidak dinafikan, di hospital kerajaan juga, terdapat kecanggihan alatan rawatan yang kita perlukan seiring dengan arus teknologi semasa ini. Dengan kepakaran doktor-doktor yang ada yang begitu berpengalaman dan banyak hospital yang ada mampu untuk merawat pesakit-pesakit. 

Jika pergi ke klinik bahagian kecemasan juga, cepat je dan layanan pon okay sahaja.. Staff yang baik dan prihatin je kat pesakit-pesakit. Lagi pula rawatan percuma sahaja.. Kalo kena bayar pon RM1 sahaja ataupun RM5 (untuk ke klinik pakar).

Haaa...nampak tak kat situ yang Madam ni suka pergi hospital & klinik..hahaha

Namun, ada yang menyebabkan kita kena memilih kepada hospital swasta apabila:

1. Doktor menyarankan kita ke hospital swasta 

- Biasanya doktor akan cadangkan hospital mana , di klinik pakar yang mana & doktor mana yang harus kita dapatkan rawatan nanti.

2. Untuk mendapatkan rawatan yang lebih cepat 

- Untuk sesetengah kes, kita tidak boleh untuk terus menunggu lama untuk merawat sakit yang kita ada setelah lama mencuba rawatan di hospital sekarang dan mendapatkan ubat-ubatan yang sedia ada.

3. Tak tahan menunggu lama 

- Sekiranya anda malas menunggu lama untuk setiap giliran, boleh lah ke hospital swasta, sebab kat sini masa menunggu tidak lama sangat sebab tak ramai pesakit sangat.

3. Keadaan klinik dan hospital yang selesa 

- sebab tidak terlalu padat dengan orang ramai.. Boleh duduk di kerusi dan sekiranya bawa anak kecil, keadaan sedikit tenang untuk anak anda.

4. Untuk mendapatkan ubat yang sesuai 

- Tidak semua ubat dapat diperolehi di hospital kerajaan ya. Terutama ubat-ubat yang mahal. Contohnya harga ubat tersebut RM45ribu, pihak doktor pakar dari klinik tersebut akan membuat permohonan dari pihak atasan untuk mendapatkan ubat tersebut untuk anda, meskipun lulus, belum tentu lagi anda mampu mendapatkan ubat tersebut sekiranya dana tidak mencukupi. Jadi, doktor sarankan anda mendapatkannya dari hospital swasta.

5. Tidak semua ubat dan rawatan percuma 

- Harus diingatkan dan anda semua harus tahu bahawa tidak semua ubat-ubatan dan rawatan yang diberikan di hospital kerajaan adalh percuma. TIDAK. PERCUMA sahaja jika anda percaya ianya percuma, sebab ada ubat yang kita perlu beli kat farmasi luar, ada ubat yang kita perlu tiada di sana. Untuk rawatan pula, ada yang di cas mengikut jenis rawatan seperti pembedahan tertentu. Sebagai contoh, pembedahan pintasan jantung yang dilakukan di hospital kerajaan sememangnya lebih murah, iaitu 20 kali ganda lebih murah berbanding kos rawatan di hospital swasta.

Walaupun begitu, kos sebanyak RM4,000 di hospital kerajaan ini masih dianggap mahal terutamanya bagi anggota masyarakat yang berpendapatan rendah. Begitu juga dengan kos rawatan strok yang berjumlah RM4,000 ke atas di hospital kerajaan.

6. Untuk mendapatkan keselesaan xtra apabila "warded"

- Pilih bilik personal- yang ni paling best sebab boleh berkampung dalam 1 bilik..hihi, Pelawat boleh datang & balk bila-bila masa sahaja, makanan pula boleh pilih. Siap ada ikan salmon grill lagi..hahahaha..

7. Peralatan canggih dan terkini 

- Biasanya kat hospital swasta, untuk melakukan pemeriksaan ke atas pesakit, alatan yang digunakan yang terkini.

8. Rawatan hari minggu 

- Sekiranya kita tak nak kacau hari bekerja untuk mendapatkan rawatan, kita boleh pilih untuk mendapatkan rawatan pada hari minggu, biasanya hari Sabtu la ye. So, tak perlu lah nak asyik cuti MC sahaja ye.

Sedikit sebanyak ini lah yang dapat madam kongsikan dengan kalian semua mengikut pengalaman sendiri dan orang sekeliling. Walaupun Madam ni ejen takaful, tapi Madam tak paksa la korang apply takafuk ni dengan Madam. 

Cuma Madam nak gtau yang takaful ni amat penting. Kalau korang ada duit, tolong sangat-sangat carum untuk diri sendiri. Kita tak minta untuk sakit okay, tapi kalo di takdirkan sakit, korang boleh buat pilihan mana nak dapatkan rawatan, mana yang terbaik untuk diri korang sendiri dan keluarga korang okay..

Kalau ase nak apply dengan Madam boleh contac: wasap.my/+601110724106/naktakaful

Ulasan