TELUR BUNGKUS SOSEJ DIY SIMPLE CEPAT DAN SEDAP ANAK-ANAK PUN SUKA | DIY ...

Masa Penyediaan: 15 minit      Jumlah Hidangan: Untuk 2 orang makan       

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi.. 


Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat RESEPI TELUR BUNGKUS RINGKAS & DISUKAI RAMAI MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap... 


Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH : 

  • ü  Telur – 2-3 biji
  • ü  Sosej – 2 batang (potong dadu)
  • ü  Taugeh – 1 mangkuk
  • ü  Sos tiram – 2 sudu
  • ü  Penambah perasa – 1 sudu
  • ü  Garam – secukup rasa

CARA PENYEDIAAN KULIT TELUR BUNGKUS: 

  1. 1. Pecahkan telur, pukul seketika bagi rata.
  2. 2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan telur 1 senduk, jadi kan ia nipis.
  3. 3. Kemudian, asingkan bahagian kulit telur bungkus ini.

CARA PENYEDIAAN INTI:

  1. 1. Apabila minyak dah panas, masukkan sosej, sos tiram dan taugeh. Kacau sehingga masak.
  2. 2. Kemudian tutup api, masukkan garam dan penambah perasa.

CARA PENYEDIAAN TELUR BUNGKUS: 

  1. 1. Masukkan inti ke dalam kulit telur bungkus.
  2. 2. Kemudian, gulung dengan cantik.

TIPS:

·   Gunakan minyak dengan sedikit sahaja untuk buat telur bungkus kerana ianya akan keras dan susah untuk digulung bila banyak minyak.

·    Juga jangan terlalu tebal sebab nanti susah nak gulung.


Ulasan