MENCARI REDHA ALLAH

Kita hidup di dunia ini adalah sebagai khalifah..

Bukan mencari redha manusia tetapi hanyalah mencari redha Allah SWT..

Buat sesuatu mengikut sunnah Rasulullah SAW, bukannya mengikut perbuatan orang lain..


Jadikan Rasulullah SAW sebagai idola bukan manusia biasa yang dianggap "power"..


Sesungguhnya aku adalah pendosa yang sentiasa ingin berubah kerana Allah..

Ingin mencintai Allah lebih segala sesuatu yang ada di muka bumi ini,

meskipun insan yang aku sayangi mereka adalah yang ketiga..

Kerana..Allah lah yang pertama, Rasulullah Saw yang kedua..

Sungguh aku ingin sentiasa dicintai Allah, jadi aku mengejar mencintai Allah..

Aku yakin dan pasti Allah pasti mencintai hambanya yang cintakanNya..


Ya Allah, ampuni aku di atas segala dosa-dosaku yang lalu..

Sesungguhnya bumi ini hanyalah persinggahan kepada kami..

Akhiratlah yang kekal abadi..

Tetapkan iman di dalam diri, hati dan akal fikiran kami..

Tambahkan ketaqwaan kami kepada mu setiap masa..

Jangan Engkau jadikan kami hambamu yang lalai, leka dengan duniawi..


Ya Allah, hidupkan kami dalam iman dan islam,

Matikan kami dalam iman dan islam,

Serta bangkitkan kami dalam iman dan islam...


Sentiasalah Engkau ada dengan kami Ya Allah..

Jangan pernah jauh

kerana kami amat memerlukan Mu setiap saat dan detik dalam kehidupan kami..

Aamiin ya rabb..



Ulasan