YA aLLAH JADIKAN AKU HAMBAMU YANG BERSYUKUR

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Sesungguhnya Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Besar,

Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang

dan Yang Merajai segala sesuatu yang ada di dunia ini..


Kita sebagai hamba hanyalah makhluk kecil sahaja..

Yang diciptakan sebagai khalifah di bumi ini.

Oleh demikian, siapakah kita untuk mempertikaikan apa yang telah Allah berikan kepada kita..

Ingatlah kita, pesan kepada hati bahawa setiap pemberian Allah kepada kita,

Maka itu lah yang terbaik untuk kita..

Allah tidak memberi apa yang kita nak,

Tetapi Allah akan beri apa yang kita perlu..


Allah memberi kita ujian sebab nak tengok keimanan dan ketaqwaan kita kepadanya..

Allah memberi kita ujian sebab Allah sayangkan kita..

Allah memberi kita ujian sebab Allah nak angkat darjat kita..

Allah memberi kita ujian sebab Allah nak muliakan kita..

Maka, bersangka baiklah kita kepada Allah..


Tanamkan dalam hati kita semoga kita ini sentiasa bersyukur dengan kehendak Allah..

Sama ada bila di berikan nikmat mahupun bila diuji..

Beriman kepada Allah yang sebenar-benarnya apabila kita redha menerima qada dan qadarnya..

Bila kita berlapang dada, in shaa allah Allah akan permudahkan semuanya..



Ulasan