RESEPI RENDANG AYAM BERKUAH DIY MUDAH SIMPLE PASTI SEDAP | DIY CRAFTS | ...

Masa Penyediaan: 20 minit         Jumlah Hidangan: Untuk 5-6 orang makan       

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi.. 


Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat RENDANG AYAM BERKUAH PASTI SEDAP MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap... 


Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) 

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH : 

 

ü  Serbuk kunyit – 2 sudu kecil

ü  Asam keping -2 -3 keping

ü  Garam – secukup rasa

ü  Kerisik – 3 sudu besar

ü  Santan – 1 mangkuk

ü  Ayam -6 ketul

ü  Air Gula Melaka – 3 sudu besar

ü  Daun limau purut – 4-6 helai

ü  Daun kunyit – (dipotong halus)

 

BAHAN-BAHAN KISAR :

ü  Lengkuas – sebesar ibu jari

ü  Bawang putih – 4 ulas

ü  Bawang merah – 5 ulas

ü  Halia – sebesar ibu jari

ü  Serai – 2 batang

ü  Air – 1/3 cawan

 

CARA PENYEDIAAN: 

 

1.       Panaskan minyak telebih dahulu. Kemudia masukkan bahan yang di kisar sehingga berubah warna bagi memastikan ianya masak.

2.       Kemudian masukkan 2 sudu kecil serbuk kunyit. Kacau lagi.

3.       Kemudian masukkan ayam. Kacau lagi.

4.       Kecilkan api, dan masukkan santan.

5.       Kuatkan api balik, kemudian masukkan daun limau purut, laun kunyit dan kerisik.

6.       Apabila dah mendidih, masukkan asam keping.

7.       Tutupkan api, masukkan air gula Melaka, garam dan penambah perasa. Kacau seketika bagi rata dan hancur garamnya.

8.       Alhamdulillah rending ayam dah siap.

 

TIPS:

 

·         Garam di masukkan last apabila dah tutup api. Bagus untuk kesihatan 


Ulasan