IKAN MASAK TEMPOYAK DIY PASTI SEDAP RASA TEMPOYAK MEMANG PADU | DIY CRAF...

Masa Penyediaan: 20 minit      Jumlah Hidangan: Untuk 5 orang makan      

Resepi Oleh: Madam Nour

 

Assalamualaikum semua yang disayangi..

Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat IKAN MASAK TEMPOYAK MEMANG MENJADI GITUU … In shaa Allah sedap.. Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH:

  • ü  Ikan kembong– 6 ekor
  • ü  Sambal / cili padi
  • ü  Serbuk Kunyit
  • ü  Tempoyak – 2- 3 sudu besar.
  • ü  Air
  • ü  Gula – secukup rasa
  • ü  Garam – secukup rasa
  • ü  Penambah perasa – secukup rasa

BAHAN KISAR:

ü  *Bawang putih – 4 ulas (slice)

ü  *Bawang merah - 2 ulas (slice)

ü  *Halia – sebesar ibu jari (julienne / potong panjang nipis)

CARA PENYEDIAAN:

  1. 1.       Apabila kuali dah panas, masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng sehingga sedikit garing dan berubah warna.
  2. 2.       Kemudian, masukkan 2-3 sudu sambal, masukkan serbuk kunyit, kacau lagi mendidih.
  3. 3.       Masukkan tempoyak, kacau sehingga rata kesemuanya.
  4. 4.       Masukkan air, kacau lagi sehingga mendidih.
  5. 5.       Apabila dah mendidih, masukkan ikan ke dalam kuah tempoyak ini.
  6. 6.       Biarkan seketika sehingga mendidih dan masak.
  7. 7.       Apabila dah masak. Tutup api, kemudian masukkan gula dan garam.
  8. 8.       Alhamdulillah, dah siap ikan tempoyak kta. 

TIPS:

  • ·         Kalau nak masukkan bunga gantan dan daun kesum lagi sedap.
  • ·         Kalau nak kuah cair pon boleh, nk pekat pon boleh. Ikut citarasa tuan puan semua 


Ulasan