IKAN MASAK PEDAS DIY ANAK-ANAK PASTI SELERA MAKAN | DIY CRAFTS | DO IT Y...

Masa Penyediaan: 20 minit      Jumlah Hidangan: Untuk 5 orang makan       

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi..


Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat IKAN GORENG PEDAS MEMANG MENJADI GITUU … In shaa Allah sedap..

Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK IKAN GORENG IALAH:

  • ü  Ikan kembong – 4 ekor
  • ü  Serbuk kunyit
  • ü  Garam

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK KUAH PEDAS IALAH:

  • ü  Bawang besar – 1 labu (potong slice)
  • ü  Tomato – 1 biji (potong wedges)
  • ü  Cili giling –  1 senduk
  • ü  Gula – secukup rasa
  • ü  Garam – secukup rasa
  • ü  Penambah perasa – secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • ü  *Bawang putih – 4 ulas
  • ü  *Bawang merah - 2 ulas
  • ü  *Halia – sebesar ibu jari

CARA PENYEDIAAN:

  1. 1.       Goreng ikan seperti biasa iaitu goreng dengan garam dan kunyit.
  2. 2.       Apabila kuali dah panas, masukkan bahan yang dkisar. Goreng sehingga sedkit garing dan berubah warna
  3. 3.       Masukkan ciling ciling. Goreng sehingga cili masak dan pecah minyak.
  4. 4.       Apabila dah mendidih dan pecah minyak, masukkan gula. Kacau sehingga gula larut.
  5. 5.       Kemudian masukkan bawang besar. Kacau lagi sehingga bawang garing sedikit.
  6. 6.       Apabila dah masak. Tutup api, kemudian masukkan garam.
  7. 7.       Kemudian, masukkan ikan goreng tadi.
  8. 8.       Hidangkan dalam pinggan. Kemudian letak tomato dan bawang besar ke atasnya.
  9. 9.       Nyummmy..nyummy.. Alhamdulillah ikan goreng pedas kita dah siap. 

Ulasan