Masa Penyediaan: 20minit Jumlah Hidangan: Untuk 5-6 orang makan
Resepi Oleh: Madam Nour
Assalamualaikum semua yang disayangi..
Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat SUP AYAM PASTI SEDAP MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap...
Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH:
Ayam – ½ ekor (di potong mengikut citarasa)
Bawang besar – ½ labu (di potong slice)
Halia – Sebesar ibu jari (potong slice)
Saleri – 1 batang (potong serong halus-halus)
Tauge – 1 mangkuk
Tomato – 1 biji (dipotong wedges)
Carrot – ½ batang (potong battonet)
*Bawang putih – 4 ulas (potong slice)
*Bawang merah – 4 ulas (potong slice)
**Sup bunjut – 2 bunjut
**Rempah 4sekawan – (bunga cengkih,
bunga lawing, buah pelaga, kulit kayu manis)
bunga lawing, buah pelaga, kulit kayu manis)
Serbuk lada hitam - secubit
Penambah perasa – secukup rasa
Garam – secukup rasa
Air – 1 jug
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak telebih dahulu. Kemudian masukkan bahan yang bertanda **, tumis sehingga berubah bentuknya yang semakin kembang dan naik bau.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang bertanda * pula. Tumis lagi sehingga naik bau dan berubah
warna tapi jang bagi hangit tau bawang-bawang tu semua. - Masukkan ayam ke dalam periuk Riino, kemudian masukkan bahan-bahan yang di tumis tadi, bawang
besar, saleri halia, carrot dan air. Jangan lupa masukkan juga serbuk lada
hitam. - okay, sekarang kita nak masak. Set kan time untuk chicken.
- Bila dah masak, keluarkan wap terlebih dahulu baru buka penutup okay.
- Sekarang boleh lah masukkan tomato, garam dan penambah perasa.
- Masukkan dalam mangkuk, taburkan daun sup dan bawang goreng juga.
- Alhamdulillah sup ayam dah siap. Apa lagi, boleh try
TIPS:
• Garam di masukkan last apabila dah tutup api. Bagus untuk kesihatan
Terima Kasih kalian semua..
Ulasan
Catat Ulasan