Masa Penyediaan: 2 jam Jumlah Hidangan: Untuk 5-6 orang makan
Resepi Oleh: Madam Nour
Assalamualaikum semua yang disayangi..
Pada
episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat SIRA LABU PASTI
SEDAP
MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap...
Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH
:
- ü Labu – ½ biji
- ü Kapur
- ü Daun pandan – 2 helai
- ü Gula Melaka – 3 ketul yg besar
- ü Gula
- ü Garam - secubit
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Potong labu berbentuk wedges. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
- 2. Sapu kapur pada labu. Kemudian biar kan dalam 20 minit.
- 3. Kemudian, basuh labu tadi sehingga bersih. Toskan seketika.
- 4. Masukkan labu, daun pandan, gula Melaka dan garam.
- 5. Kemudian buka api dan tutup kuali @ periuk kita dengan penutup.
- 6. Bila dah berasap buka tengok keadaan labu kita.
- 7. Terbalikkan ke bahagian sebelah lagi agar sira labu kita masak ke dua-dua bahagian.
- 8. Apabila dah mendidih-mendidih, kuah semakin kering, boleh tutupkan api. Alhamdulillah dah masak..
TIPS:
·
Jangan
masukkan air okay sebab nanti labu ni akan keluarkan airnya.
·
Make
sure kuah tidak terlalu cair dan pekat sangat okay
Ulasan
Catat Ulasan