RAHSIA PERAP AYAM GOLEK DIY STYLE KENDURI KAHWIN | DIY CRAFTS | DO IT YO...

Masa Penyediaan: 15 minit         Jumlah Hidangan: Untuk 2 orang makan       

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi.. 


Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat RAHSIA PERAP AYAM GOLEK STYLE KENDURI KAHWIN MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap.... 


Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) 

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH : 

 

ü  Ayam – 4 ketul

ü  **Jintan manis – 1 sudu besar

ü  **Jintan putih – 1 sudu besar

ü  **Ketumbar – 1 sudu besar

ü  Penambah perasa – 1 sudu kecil

ü  Garam – secukup rasa

ü  Gula – secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

ü  *Serai - 1 batang

ü  *Halia – sebesar ibu jari

ü  *Bawang putih – 3 ulas

ü  *Bawang merah – 2 ulas


CARA PENYEDIAAN: 

 

  1. 1.       Kisar kesemua bahan-bahan bertanda *.
  2. 2.       Tumbuk / kisar bahan-bahan bertanda **.
  3. 3.       Masukkan kesemua bahan-bahan bertanda * dan bahan-bahan bertanda ** ke dalam bekas ayam.
  4. 4.       Masukkan juga penambah perasa, gula dan garam.
  5. 5.       Kemudian, gaul kesemuanya sehingga rata.
  6. 6.       Gula tu make sure larut tidak berpasir-pasir lagi tau.
  7. 7.       Bila dah yakin ok, rasa dah sedap, bole lah wrap kan ayam kita ni.

 

TIPS:

 

  • ·   Minimum masa perapan adalah 3 jam. Lagi lama di perap lagi sedap sebab bahan perapan tu akan meresap ke dalam ayam.


Ulasan