IKAN SIAKAP 3RASA MASAM MANIS DIY PASTI SEDAP MEMANG MEMUKAU | DIY CRAFT...

Masa Penyediaan: 20 minit      Jumlah Hidangan: Untuk 5 orang makan       

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi..

Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat IKAN SIAKAP 3 RASA MASAM MANIS MEMANG MENJADI GITUU … In shaa Allah sedap.. Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH:

  • ü  Ikan siakap– 1 ekor
  • ü  Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
  • ü  Tomato – 3 biji (potong dadu)
  • ü  Timun- 1 batang (potong dadu)
  • ü  Nanas – 1/3 biji (potong dadu)
  • ü  Cili giling – 2- 3 senduk
  • ü  Sos cili– 2- 3 senduk
  • ü  Serbuk Kunyit – untuk goreng ikan
  • ü  Gula – secukup rasa
  • ü  Garam – secukup rasa
  • ü  Penambah perasa – secukup rasa

BAHAN KISAR:

ü  *Bawang putih – 4 ulas (slice)

ü  *Bawang merah - 2 ulas (slice)

ü  *Halia – sebesar ibu jari (julienne / potong panjang nipis)


BAHAN HIASAN:

  • ü  Daun sup - (potong kecil)
  • ü  Lemon – (potong nipis)
  • ü  Daun salad

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gorengkan ikan siakap seperti biasa. (kunyit + garam). Kemudian asingkan.
  2. Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan kisar dan cili giling. Goreng sehingga pecah minyak okay.
  3. Kemudian, masukkan sos cili, tomato, bawang besar, timun dan nanas yang kita potong dadu tu tadi. Masukkan semangkuk kecik air.
  4. Setelah mendidih didih, masukkan gula. Kacau manja-manja gitu. Make sure kuah kita x pekas sangat, tak cair sangat.
  5. Bila dah masak, tutup api. Kemudian kita boleh masukkan garam dan penambah perasa secukup rasa. Kacau bagi rata semuanya.
  6. Ikan kita dah siap di deko dalam pinggan cantik, tuangkan kuah kat atas ikan. Kemudian taburkan daun sup dan letak juga hirisan lemon ke atas ka. Taraaaaa.. ikan siakap 3 rasa kita dah siap. Alhamdulillah.. In shaa Allah sedap.

TIPS:

  • Kalau nak warna kuah putih, Tak nak letakkan sos tiram pon boleh.
  • Perah asam limau banyak-banyak untuk bagi masam dan lagi uuuermmm.
  • Boleh try 


Ulasan