Masa Penyediaan: 20 minit Jumlah Hidangan: Untuk 5-6 orang makan
Resepi
Oleh: Madam Nour
Assalamualaikum semua yang
disayangi..
Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat COLEK AYAM MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap...
Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)
BAHAN-BAHAN AYAM GORENG YANG DIPERLUKAN
IALAH :
- ü Isi ayam – 3-5 ketul (dipotong kecil)
- ü Tepung jagung - secukupnya
- ü Telur – I biji
- ü Penambah perasa – secukup rasa
- ü Serbuk lada hitam – 1 sudu kecil
BAHAN-BAHAN
YANG DIKISAR
- ü *Bawang putih – 3 ulas
- ü *Bawang merah – 3 ulas
- ü *Halia – sebesar ibu jari
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Masukkan seruk lada hitam, penambah perasa, bahan yang dikisar ke dalam ayam.
- 2. Kemudian, gaulkan bagi sekata semuanya.
- 3. Kemudian boleh buat ayam celup tepung iaitu ayam - tepung – telur – tepung.
- 4. Ulang step no 4 sehingga ayam siap di celup semuanya.
- 5. Kemudian gorengkan ayam tersebut.
BAHAN-BAHAN KUAH YANG DIPERLUKAN IALAH :
- ü Bawang putih – seulas (di chop)
- ü Asam jawa – 3-5 sudu besar
- ü Air – 1-2 cawan
- ü Cuka – 3 sudu besar
- ü Cili giling – 2 sudu besar
- ü Gula – secukup rasa
- ü Garam – secukup rasa
- ü Air bancuhan tepung jagung.
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Setelah minyak panas, masukkan bawang putih. Goreng sehngga naik bau.
- 2. Masukkan cili giling. Kacau lagi sehingga sedikit garing.
- 3. Kemudian, masukkan air asam jawa dan cuka. Kacau seketika.
- 4. Apabila kuah dah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung.
- 5. Tutup api dan boleh masukkan garam dan gula.
BAHAN-BAHAN CEKODOK IKAN BILIS / COLEK MALAS YANG DIPERLUKAN IALAH :
- ü Bawang merah– 3 ulas (slice)
- ü Ikan bilis – 1 genggam
- ü Tepung gandum – 1 ½ cawan
- ü Air – 1 cawan
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Masukkan bawang merah, ikan bilis dan air ke dalam mangkuk tepung. Gaulkan bagi sekata dan tidak terlalu cair atau pekat.
- 2. Panaskan kuali, kemudian goreng cucur ikan bilis tadi.
- 3. Apabila cekodok dah masak, potong cekodok kecik-kecik.
BAHAN-BAHAN PELENGKAP HIDANGAN YANG DIPERLUKAN IALAH :
- ü Taugeh – 1 mangkuk
- ü Timun – I batang (dipotong panjang halus-halus)
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Untuk melengkapkan cara makan colek ayam kita ni, kita satu kan ke semua bahan-bahan yang kita masak tadi seperti ayam dan cekodok, kemudian tambahkan taugeh, timun dan keropok keeping ke dalam mangkuk.
- 2. Kemudian, tuangkan ke atasnya. Taraaa… dh siap colek ayam kita. Alhamdulillah. Boleh try
Ulasan
Catat Ulasan