AIS JAGUNG CINCAU AISKRIM VANILLA DIY MINUMAN JAGUNG KEGEMARAN SEMUA | D...

Masa Penyediaan: 5 minit      Jumlah Hidangan: Untuk 1 orang      

Resepi Oleh: Madam Nour

 

Assalamualaikum semua yang disayangi..

 

Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat AIR JAGUNG CINCAU AISKRIM VANILLA BERKRIM MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap...

 

Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH :

 

*Jagung cordial – 1-2 sudu besar

*Susu cair - 5-6 sudu besar @ 1/3 cawan

*Susu pekat – 3-4 sudu besar

*Air – 1 cawan

*Ais

Jagung manis ala krim (tin) – 2-4 sudu besar

Aiskrim vanilla – 2-4 scoop

Cincau – di cincang (3-4 sudu besar)

 

CARA PENYEDIAAN:

 

  • 1.       Masukkan kesemua bahan bertanda * ke dalam blender.
  • 2.       Kemudian, kisar semua sehingga menjadi ais kepal macam ABC.
  • 3.       Masukkan cincau ke dalam mug.
  • 4.       Kemudian masukkan ice blended ke dalam mug yang berisi cincau tadi.
  • 5.      Kemudian masukkan cincau, jagung ala krim & aiskrim vanilla pada bahagian atas nya. Lagi banyak lagi sedap. Nyummy nyummy. Boleh try 

 

TIPS:

 

• If tak nak minum terus, masukkan dalam freezer untuk pastikan rasa air tidak berubah..

• Selamat mencuba.. In Shaa Allah sedap .. 

 

Terima Kasih kalian semua..  


Ulasan