Masa Penyediaan: 5 minit Jumlah Hidangan: Untuk 1 orang
Resepi Oleh: Madam Nour
Assalamualaikum
semua yang disayangi.
Pada
episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat AIS COKLAT MALT AISKRIM COKLAT TABUR SPECIAL
MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap...
Ikuti
Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH:
ü
*Ais – 3 senduk
ü
*Air – ½ cawan
ü
*Sus Pekat – 2 sudu besar
ü
*Susu Cair – 4 sudu besar
ü
*Serbuk Coklat Malt – 4 sudu besar
ü
Coklat Cair/Ganache – 3-4 sudu besar
ü
Ais krim vanilla – 1 -2 sudu/ scoope
ü
Coklat tabur/ rise chocolate – 1 sudu besar
RESEPI COKLAT CAIR / Ganache:
ü
Mentega/ planta / margarine - 1 sudu besar
ü
Serbuk koko – 2 sudu besar
ü
Susu pekat – 4-5 sudu besar
ü
Air – 1/3 cawan
CARA PENYEDIAAN GANACHE:
- Masukkan mentega ke dalam kuali panas.
- Apabila dah cair, masukkan serbuk koko. Gaul bagi sekata.
- Kemudian masukkan susu pekat, kacau lagi bagi sekata kesemua bahan.
- Kemudian masukkan air. Pastikan ganache tak terlalu cair.
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam blender.
- 2. Kemudian, kisar kesemua nya sehingga pekat macam ais kepal ABC tu.
- 3. Masukkan ke dalam mug / gelas comel kita tu.
- 4. Kemudian, masukkan ganache/ coklat cair.
- 5. Masukkan ais krim vanilla, kemudian curahkan lagi ganache dan tabor coklat tabor di atasnya.
- 6. Masya Allah… sungguh mengiurkan air kita ni. Alhamdulillah da siap
TIPS:
- · If tak nak minum terus, masukkan dalam freezer untuk pastikan rasa air tidak berubah..
- · Selamat mencuba.. In Shaa Allah sedap ..
Ulasan
Catat Ulasan