Masa Penyediaan: 15 minit Jumlah Hidangan: Untuk 2 orang makan
Resepi
Oleh: Madam Nour
Assalamualaikum
semua yang disayangi..
Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat RESEPI SAYUR AIR PETOLA RINGKAS & DISUKAI
RAMAI MEMANG
MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap...
Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH
:
ü
Air – 1 mangkuk
ü
Petola – 1 batang (potong serong)
ü
Tomato – 1 biji (potong wedges)
ü
Carrot – ½ batang (potong battonet/ memanjang)
ü
Bawang putih – 2 ulas (diketuk)
ü
Bawang merah – 1 ulas (hiris halus)
ü
Lada hitam – 1 sudu kecil
ü
Garam – secukup rasa
ü
Penambah perasa – secukup rasa
ü
Telur - 2 biji
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Panaskan kuali/ periuk dengan sedikit minyak.
- 2. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Goreng seketika.
- 3. Kemudian masukkan air dan carrot.
- 4. Apabila air dah mendidih, masukkan petola dan tomato. Biarkan sehingga mendidih.
- 5. Apabila dah mendidih, masukkan telur.
- 6. Tutup api, kemudian masukkan garam dan penambah perasa. Kacau kuah seketika.
TIPS:
·
Boleh
masukkan suhun juga jika nak.
Ulasan
Catat Ulasan