RESEPI MURTABAK AYAM DIY SIMPLE DAN SANGAT SEDAP | DIY CRAFTS | DO IT YO...

Masa Penyediaan: 30 minit                     Jumlah Hidangan: Untuk 10-15 orang makan   

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi.. 


Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat 
MURTABAK AYAM MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap... 


Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) 


BAHAN-BAHAN INTI MURTABAK:


  • ü  Kentang – 3 biji (dipotong dadu)
  • ü  Isi ayam – bahagian isi (di cincang)
  • ü  Bawang putih – 4 ulas (di potong dadu)
  • ü  Bawang besar – ½ labu (dipotong dadu)
  • ü  Bawang merah – 2 ulas (dipotong dadu)
  • ü  Telur -
  • ü  Garam – secukup rasa
  • ü  Gula – secukup rasa
  • ü  Cili giling – 2 sudu besar
  • ü  Serbuk kari – 1 senduk


BAHAN-BAHAN KUAH MURTABAK:


  • ü  Perisa ros – 1 sudu besar
  • ü  Gula – 4 sudu besar
  • ü  Cuka – 1-2 sudu besar
  • ü  Bawang merah – 2 ulas (slice)
  • ü  Air – 2 cawan


CARA PENYEDIAAN INTI MURTABAK: 


  1. 1.       Apabila kuali dah panas, masukkan bawang putih, bawang merah dan bwang besar.
  2. 2.       Kemudian masukkan serbuk kari, goreng sehingga naik bau.
  3. 3.       Kemudian masukkan cili giling.
  4. 4.       Masukkan ayam dan kentang. Kemudian kacau bagi rata kesemuanya.
  5. 5.       Masukkan air. Biarkan sehingga kentang empuk dan kuah makin kering.
  6. 6.       Apabila dah masak. Tutup api, kemudian masukkan gula dan garam.


CARA PENYEDIAAN DOH MURTABAK


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH : 


  • ü  Tepung gandum – 4 cawan
  • ü  Margerin – 1 sudu besar
  • ü  Ovalatte – 1 sudu kecil
  • ü  Garam - secubit
  • ü  Air – 1 cawan
  • ü  Telur – 1 biji
  • ü  Margerin


CARA PENYEDIAAN: 


  1. 1.       Masukkan ke semua bahan, kemudian gaul sehingga sebati.
  2. 2.       Make sure dah tak melekat kat tangan.
  3. 3.       Kemudian, jadikan ia doh kecil - kecil. Dalam 80- 100 gram untuk setiap doh.
  4. 4.       Kemudian, uli doh kecil-kecil itu sehingga permukaannya licin.
  5. 5.       Dah siap uli semua, sapu kan dengan margerin.


CARA PENYEDIAAN KUAH MURTABAK: 


  1. 1.       Masukkan gula, cuka, perisa ros dan air. Kacau sehingga gula larut.
  2. 2.       Kemudian masukkan bawang.


CARA PENYEDIAAN MURTABAK: 


  1. 1.       Tebar kulit murtabak sehingga lebar.
  2. 2.       Kemudian, pecahkan telur sebiji ke dalam mangkuk, masukkan inti murtabak tadi.
  3. 3.       Tuangkan ke atas kulit murtabak yang di tebar.
  4. 4.       Bungkus dengan cantik.
  5. 5.       Sementara itu, panaskan kuali leper, letak sedikit marjerin atau minyak.
  6. 6.       Apabila dah panas, letak murtabak yang kita buat tadi.
  7. 7.       Terbalikkan dengan perlahan supaya murtabak tak pecah.
  8. 8.       Alhamdulillah, dah siap. Boleh makan dengan kuah cuka bawang atau kari atau kuah kacang dal.

Ulasan