RESEPI AYAM POPCORN FROZEN DIY SEDAP UNTUK DIGORENG CRUNCHY | DIY CRAFTS...

Masa Penyediaan: 20-30 minit         Jumlah Hidangan: Untuk 6-8 orang makan Resepi Oleh: Madam Nour Assalamualaikum semua yang disayangi.. Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat RESEPI AYAM POPCORN FROZEN MEMANG MENJADI GITUU.. In shaa Allah sedap... Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH : Ayam – ½ ekor (ambil bahagian isi sahaja) Serbuk lada hitam – 1-2 sudu besar Penambah perasa – 1-2 sudu besar Garam - secubit Telur – 2 biji Tepung jagung CARA PENYEDIAAN: 1. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, garam dan penambah perasa ke dalam mangkuk. Gaul kesemuanya sehingga rata. 2. Kemudian celupkan ayam ke dalam tepung. 3. Kemudian celupkan pula ke dalam telur. 4. Celupkan sekali lagi ke dalam tepung. 5. Setelah siap semuanya, masukkan ke dalam air fryer untuk memasakkan ayam kita ni dengan menggunakan suhu 180℃ selama 8 minit. 6. Terbalikkan ayam kita supaya kedua-dua bahagian masak dengan menggunakan suhu dan masa yang sama. 7. Bila dah sejuk baru lah masukkan ke dalam bekas untuk di simpan di dalam freezer. TIPS: 1. Make sure telur di pecahkan satu persatu di masukkan ke bekas yang berlainan. Ini bagi memastikan telur yang rosak bercampur dengan telur yang elok. 2. Untuk buat celupan mestilah basah, kering, basah, kering. Terima Kasih kalian semua.


Ulasan