Masa Penyediaan: 20 minit Jumlah Hidangan: Untuk 5-10 orang makan
Resepi Oleh: Madam Nour
Assalamualaikum semua yang disayangi..
Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat AYAM CELUP TEPUNG ORIGINAL PASTI SEDAP MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap...
Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH :
- ü Ayam – 10 ketul
- ü Tepung jagung
- ü Telur – 2 biji
- ü Penambah perasa – secukup rasa
- ü Serbuk lada hitam – 1 sudu kecil
- ü Garam – secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Masukkan ayam, serbuk lada hitam garam dan penambah perasa ke dalam mangkuk. Gaul kesemuanya sehingga rata. Perapkan seketika.
- 2. Kemudian celupkan ayam ke dalam tepung.
- 3. Kemudian celupkan pula ke dalam telur.
- 4. Celupkan sekali lagi ke dalam tepung.
- 5. Kemudian goreng dengan api yang sederhana.
- 6. Dah siap. Boleh lah makan dengan apa-apa sos kesukaan kalian
TIPS:
- Minimum masa perapan adalah 3 jam. Lagi lama di perap lagi sedap sebab bahan perapan tu akan meresap ke dalam ayam.
Ulasan
Catat Ulasan