Masa Penyediaan: 15 minit Jumlah Hidangan: Untuk 10 orang makan
Resepi Oleh: Madam Nour
Assalamualaikum semua yang disayangi..
Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat KURMA COKLAT NESTUM SPECIAL PASTI SEDAP MEMANG MENJADI GITUU…
In shaa Allah sedap...
Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH :
- ü Kurma – 1 kotak
- ü Serbuk coklat – 3-4 sudu besar
- ü Susu pekat – ½ tin
- ü Air – 1-2 senduk
- ü Mentega – 3 sudu besar
- ü Nestum / oat
CARA PENYEDIAAN COKLAT GANACHE:
- 1. Masukkan mentega ke dalam kuali panas.
- 2. Apabila dah cair, masukkan serbuk koko. Gaul bagi sekata.
- 3. Kemudian masukkan susu pekat, kacau lagi bagi sekata kesemua bahan.
- 4. Kemudian masukkan air. Pastikan ganache tak terlalu cair.
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Buang biji kurma terlebih dahulu. Kemudian, ke tepikan.
- 2. Celup kurma ke dalam coklat cair @ ganache satu per satu.
- 3. Kemudian, celupkan ke dalam nestum @ oat bagi sekata.
TIPS:
· Untuk pastikan coklat kurma sentiasa sedap, simpan di dalam peti ais.
Ulasan
Catat Ulasan