KUIH BUTIR NAKO KELANTAN DIY SENANG DIBUAT ENAK DIMAKAN | DIY CRAFTS | D...

Masa Penyediaan: 15 minit                 Jumlah Hidangan: Untuk 10 orang makan Resepi Oleh: Madam Nour Assalamualaikum semua yang disayangi.. Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat KUIH BUTIR NAKO /NANGKA KELANTAN DIY SENANG DIBUAT ENAK DIMAKAN MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap... Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) BAHAN-BAHAN YANG DOH BUTIR NAKO /NANGKA DIPERLUKAN IALAH :  Tepung beras pulut- 2 cawan  Air – 1/2 cawan  Pewarna (hijau, merah. Kuning)  Air rebusan -1/2 periuk *** Sebelum kita buat doh, kita didihkan air terlebih dahulu. Apabila air mendidih nanti, baru kita masukkan doh. CARA PENYEDIAAN DOH BUTIR NAKO /NANGKA: 1. Masukkan 2 cawan tepung beras ke dalam mangkuk. 2. Kemudian masukkan air secukupnya. 3. Gaulkan sehingga doh tidak melekat tangan. 4. Kemudian, bahagikan kepada 3 bahagian untuk masukkan pewarna yang berbeza. 5. Apabila doh dah siap dengan warna warni yang cantic tu, sekarang masa untuk kita gentel plak untuk bagi Nampak macam biji nangka tu. 6. Air dah mendidih, kita gentel kecik-kecik, masukkan ke dalam periuk. 7. Untuk tahu biji nangka ni dah masak apabila ia terapung. 8. Sediakan air dalam mangkuk / bekas yang kita nak isi biji nangka yang dah siap masak nanti. 9. Apabila biji nangka ni terapung, kaut guna penapis yang kecik tu, masukkan dalam bekas yang berisi air. 10. Biarkan seketika, sementara kita nak buat kuahnya pula. BAHAN-BAHAN YANG KUAH DIPERLUKAN IALAH :  Santan – 2 mangkuk  Gula – secukup rasa  Garam – secukup rasa  Halba – 3 sudu besar  Daun pandan – 2 helai CARA PENYEDIAAN KUAH BUTIR NAKO /NANGKA: 1. Masukkan santan ke dalam periuk, kacau seketika. 2. Kemudian masukkan daun pandan. 3. Masukkan pula gula dan halba, kemudian kacau lagi sehingga mendidih. 4. Apabila dah mendidih, tutup api, kemudian masukkan garam. 5. Masukkan biji nangka yang dah siap kita buat tadi ke dalam periuk bersama kuah ni. (ambil biji je tau, bukan airnya sekali  ) TIPS:
• Ada yang suka masukkan sedikit tepung gandum nak bagi kuah pekat. • Ada yang guna seria bukan daun pandan • Ada yang tambah halia. • So, resepi kuah ni pelbagai jenis mengikut citarasa orang tu ye. Tapi Madam biasa buat seperti di atas & yang seria. Nyummy nyummy.. In sha Allah sedap :P Terima Kasih kalian semua..

Ulasan