Masa Penyediaan: 20 minit Jumlah Hidangan: Untuk 5 orang makan
Resepi Oleh: Madam Nour
Assalamualaikum semua yang disayangi..
Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat IKAN MERAH MASAK STEAM MEMANG MENJADI GITUU … In shaa Allah sedap..
Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH :
- ü Ikan merah – 1 ekor
- ü *Saleri – 1 batang (di potong serong)
- ü *Bawang putih – 4 ulas (slice)
- ü *Bawang merah - 2 ulas (slice)
- ü *Serai - 1 batang (slice)
- ü *Bunga kantan – 1 batang (slice)
- ü *Bawang besar – ½ labu (slice)
- ü *Halia – sebesar ibu jari (julienne / potong panjang nipis)
- ü Tomato – 1 biji (potong wedges)
- ü Lada besar - (potong serong)
- ü Daun sup - (potong kecil)
- ü Lemon – (potong nipis)
- ü Sos tiram – 1 sudu besar
- ü Asam keping – 2 keping
- ü Gula – secukup rasa
- ü Garam – secukup rasa
- ü Penambah perasa – secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Masukkan ikan ke dalam kuali. Kemudian masukkan baha-bahan yang bertanda * ke dalam dan ke atas ikan.
- 2. Kemudian masukkan air dan buka api.
- 3. Kemudian masukkan sos tiram dan asam keping.
- 4. Sementara menunggu ikan kita masak, boleh hias mangkuk kita dengan daun salad.
- 5. Apabila ikan dah mendidih, boleh check sama ada dah betul-betul masak atau tak.
- 6. Apabila dah masak, tutup api, kemudian masukkan gula, garam dan penambah perasa.
- 7. Alhamdulillah, dah siap, boleh lah masukkan ikan kita ke dalam mangkuk.
- 8. Kemudian taburkan lada, tomato dan daun sup. Boleh letak lemon sekali juga.
TIPS:
· Kalau nak warna kuah putih, Tak nak letakkan sos tiram pon boleh.
· Perak asam limau banyak-banyak untuk bagi masam dan lagi uuuermmm.
· Boleh try
Ulasan
Catat Ulasan