Masa Penyediaan: 15 minit Jumlah Hidangan: Untuk 2 orang makan
Resepi Oleh: Madam Nour
Assalamualaikum semua yang disayangi..
Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat HATI AYAM MASAK KICAP MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap..
Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH :
- ü Hati ayam – 1 mangkuk
- ü Serbuk kunyit – 3 sudu kecil
- ü Air – 1 cawan
- ü Kicap – secukup rasa
- ü Kicap mee - 2-3 sudu besar
- ü Gula – secukup rasa
- ü Penambah perasa – secukup rasa
- ü Lada besar – 1 biji (potong serong)
- ü Bawang besar – ½ labu (potong slice)
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan serbuk kunyit ke dalam mangkuk yang berisi hati ayam. Gaulkan bagi rata.
- Kemudian, apabila kuali dah panas, masukkan hati ayam. Kacau seketika sehingga hati ayam berubah warna.
- Masukkan air,gula kicap mee dan kicap. Kacau seketika. Biarkan ia sehingga kering.
- Kemudian masukkan bawang besar dan lada. Kacau sehingga bawang sedikit layu.
- Masukkan penambah perasa sekiranya rasa x cukup ngam lagi. Alhamdulillah. Dah siap.
Ulasan
Catat Ulasan