CARA BUAT DOH ROTI CANAI & MURTABAK DIY SENANG CEPAT | DIY CRAFTS | DO ...

Masa Penyediaan: 15 minit                                     Jumlah Hidangan: 12-14 biji Resepi Oleh: Madam Nour Assalamualaikum semua yang disayangi.. Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat DOH ROTI CANAI & MURTABAK MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap.. Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH :  Tepung gandum – 4 cawan  Margerin – 1 sudu besar  Ovalatte – 1 sudu kecil  Garam - secubit  Air – 1 cawan  Telur – 1 biji  Margerin CARA PENYEDIAAN: 1. Masukkan ke semua bahan, kemudian gaul sehingga sebati. 2. Make sure dah tak melekat kat tangan. 3. Kemudian, jadikan ia doh kecil - kecil. Dalam 80- 100 gram untuk setiap doh. 4. Kemudian, uli doh kecil-kecil itu sehingga permukaannya licin. 5. Dah siap uli semua, sapu kan dengan margerin. TIPS: • Boleh sapu dengan marjerin atau minyak. • Kalau guna minyak, pastikan doh tenggelam di dalam minyak. • Minimum masa perapan adalah 3 jam. Lagi lama di perap lagi sedap sebab doh akan lagi lembut. • Doh boleh di simpan di dalam peti dan tahan lebih kurang seminggu. (yang guna marjerin) Terima Kasih kalian semua..


Ulasan