AYAM PERCIK MERAH STYLE KELANTAN DIY ENAK DIMAKAN | DIY CRAFTS | DO IT Y...

Masa Penyediaan: 20-30 minit               Jumlah Hidangan: Untuk 2 orang makan       

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi.. 


Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat AYAM PERCIK MERAH KLATE MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap... 


Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) 


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH : 


  • ü  Ayam – di potong empat
  • ü  Air bancuhan tepung jagung
  • ü  Cili giling – 2 sudu besar
  • ü  Santan – 1 mangkuk
  • ü  Asam keping – 1 keping
  • ü  Penambah perasa – secukup rasa
  • ü  Garam – secukup rasa
  • ü  Gula – secukup rasa


BAHAN - BAHAN KISAR UNTUK KUAH PERCIK:


  • ü  Bawang putih – 3 ulas
  • ü  Bawang merah – 3 ulas
  • ü  Halia  - sebesar ibu jari
  • ü  Serai – 1 batang


BAHAN - BAHAN KISAR UNTUK AYAM:


  • ü  Bawang putih – 3 ulas
  • ü  Bawang merah – 3 ulas
  • ü  Halia  - sebesar ibu jari


CARA PENYEDIAAN KUAH PERCIK: 


  1. 1.       Kisar dahulu bahan-bahan untuk perap ayam.
  2. 2.       Kemudian tuang ke dalam mangkuk ayam. Perap seketika.
  3. 3.       Kisar pula baha-bahan untuk buat kuah.
  4. 4.       Apabila kuali dah panas, masukkan bahan kisar.
  5. 5.       Kemudian masukkan cili giling. Kacau dan goreng sehingga berubah warna. Make sure cili masak dan pecah minyak.
  6. 6.       Kemudian, masukkan santan, asam keeping dan air bancuhan tepung jagung.
  7. 7.       Bilda kuah dah pekat, mendidih masak. Kemudian tutup api.
  8. 8.       Setelah itu, masukkan garam, gula dan penambah perasa. Kemudian kacau lagi bagi semuanya sekata.


CARA PENYEDIAAN AYAM PERCIK:


  1. 1.       Masukkan ayam yang diperap ke dalam microwave  bagi melembutkan ayam.
  2. 2.       Kemudian, tuangkan kuah percik ke atas ayam.
  3. 3.     Ayam dah boleh di bakar. Madam bakar guna air fryer dengan menggunakan suhu 180  selama 15 minit.
  4. 4.       Kemudian, terbalikkan ayam, tuang kuah lagi dan bakar sekali lagi dengan suhu yang sama selama 10 minit.
  5. 5.       Apabila dah masak, masukkan ke dalam pinggan, kemudian tuang kuah percik ke atas ayam.
  6. 6.       Alhamdulillah ayam percik merah kita dah siap. In shaa allah sedap J


TIPS:


  • Minimum masa perapan adalah 3 jam. Lagi lama di perap lagi sedap sebab bahan perapan tu akan meresap ke dalam ayam.


Ulasan