AYAM GORENG KUNYIT DIY SENANG DIMASAK & ENAK DIMAKAN | DIY CRAFTS | DO I...

Masa Penyediaan: 10 minit                 Jumlah Hidangan: Untuk 2 orang makan       

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi.. 


Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat 
AYAM GORENG KUNYIT MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap.. 


Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) 


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH : 


  • ü  Ayam – bahagian isi (potong kecil)
  • ü  Garam – secukup rasa
  • ü  Penambah perasa – secukup rasa
  • ü  Serbuk kunyit  - 1 ½ sudu kecil
  • ü  Bawang besar – ½ ladu (slice)
  • ü  Lada besar – 1 biji (potong serong)


CARA PENYEDIAAN: 


  1. Masukkan serbuk kunyit, garam dan serbuk penambah perasa ke dalam bekas ayam.
  2. Kemudian gaul bagi rata.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian goreng ayam yang di gaul tadi.
  4. Apabila dah masak, masukkan bawang besar dan lada.
  5. Alhamdulillah. Dah siap. Cepat dan sedap in shaa Allah.


TIPS:


  • ·Boleh tambahkan kacang panjang bagi penggemar kacang panjang.
  • ·Kacang panjang tak sesuai sangat bagi mereka yang ada gastrik  & badan kuat angin.

Ulasan