AYAM BUTTER MILK DIY PASTI MELETOOP SEDAP HINGGA MENJILAT JARI | DIY CRA...

Masa Penyediaan: 15 minit         Jumlah Hidangan: Untuk 2 orang makan       

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi.. 


Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat AYAM BUTTER MILK  MEMANG MENJADI GITUU … In shaa Allah sedap.. 


Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) 


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNUTK SOS / KUAH BUTTER IALAH : 


  • ü  Bawang putih – 4 ulas (small dice/ potong dadu kecil)
  • ü  Mentega – 2 sudu besar
  • ü  Penambah perasa – secukup rasa
  • ü  Garam – secukup rasa
  • ü  Susu cair – 1/3 cawan
  • ü  Tepung jagung – 2 sudu (dibancuh dengan dengan air)
  • ü  Sambal / cili padi – 1 sudu



BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNUTK AYAM CELUP TEPUNG IALAH : 


  • ü  Ayam  - bahagian isi
  • ü  Garam – secukup rasa
  • ü  Penambah perasa – secukup rasa
  • ü  Tepung jagung
  • ü  Telur – 1-2 biji



CARA PENYEDIAAN AYAM CELUP TEPUNG: 


  1. 1.       Masukkan ayam, garam dan penambah perasa ke dalam mangkuk. Gaul kesemuanya sehingga rata.
  2. 2.       Kemudian celupkan ayam ke dalam tepung.
  3. 3.       Kemudian celupkan pula ke dalam telur.
  4. 4.       Celupkan sekali lagi ke dalam tepung.
  5. 5.       Kemudian goring dengan api yang sederhana.
  6. 6.       Dah siap, asingkan.


CARA PENYEDIAAN SOS / KUAH BUTTER: 


1.       Panaskan kuali, kemudian masukkan butter sehingga cair.

2.       Masukkan pula cili padi @ sambal.

3.       Kemudian masukkan bawang putih yang di potong dadu. Biarkan seketika.

4.       Masukkan susu cair, kacau lagi.

5.       Apabila dah mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung.

6.       Tutupkan api, masukkan garam dan penambah perasa. Kacau sehingga rata.

7.       Masukkan ayam celup tepung tadi ke dalam kuah kita.

8.       So, dah siappppp.. Alhamdulillah


TIPS:


·        Boleh tambah daun kari untuk lagi pedas.

·       Madam suka makan sos / kuah ni dengan roti juga.. uoollsss bole try.  In shaa allah sedap 



Ulasan