AIS COKLAT MALT COKLAT CAIR DIY | COKLAT CAIR MELELEH VIRAL | DIY CRAFTS...

Masa Penyediaan: 5 minit                                   Jumlah Hidangan: Untuk 1 orang         

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi.


Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat AIR COKLAT MALT COKLAT CAIR SPECIAL MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap...


Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH:


  • ü  *Ais – 3 senduk
  • ü  *Air – ½ cawan
  • ü  *Sus Pekat – 2 sudu besar
  • ü  *Susu Cair – 4 sudu besar
  • ü  *Serbuk Coklat Malt – 4 sudu besar
  • ü  Coklat Cair/Ganache – 3-4 sudu besar


RESEPI COKLAT CAIR / Ganache:


  • ü  Mentega/ planta / margarine - 1 sudu besar
  • ü  Serbuk koko – 2 sudu besar
  • ü  Susu pekat – 4-5 sudu besar
  • ü  Air – 1/3 cawan


CARA PENYEDIAAN GANACHE:


  1. 1.       Masukkan mentega ke dalam kuali panas.
  2. 2.       Apabila dah cair, masukkan serbuk koko. Gaul bagi sekata.
  3. 3.       Kemudian masukkan susu pekat, kacau lagi bagi sekata kesemua bahan.
  4. 4.       Kemudian masukkan air. Pastikan ganache tak terlalu cair.


CARA PENYEDIAAN:


  • 1.   Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam blender.
  • 2.   Kemudian, kisar kesemua nya sehingga pekat macam ais kepal ABC tu. 
  • 3.   Masukkan ke dalam mug / gelas comel kita tu.
  • 4.   Kemudian, masukkan ganache/ coklat cair. Tara…dah siap.


TIPS:


  • If tak nak minum terus, masukkan dalam freezer untuk pastikan rasa air tidak berubah..
  • Selamat mencuba.. In Shaa Allah sedap .. 

Ulasan