Masa Penyediaan: 5 minit Jumlah Hidangan: Untuk 1 orang
Resepi Oleh: Madam Nour
Assalamualaikum semua yang disayangi..
Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat AIR SIRAP SELASIH CINTA SAYANG MEMANG MENJADI GITUU …. In shaa Allah sedap...
Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH:
- ü Biji Selasih – 1- 2 sudu besar
- ü Perasa ros – 1 sudu besar
- ü Air gula – 4-6 sudu besar
- ü Air
- ü Ais
CARA PENYEDIAAN:
- 1. Sediakan air gula terlebih dahulu. Campurkan gula dengan air panas sehingga larut.
- 2. Kemudian, masukkan perisa ros. Kacau sehingga sekata warna nya.
- 3. Masukkan air supaya air sirap tidak terlalu manis.
- 4. Masukkan ais ke dalam mug.
- 5. Tuangkan air sirap yang dah siap tadi.
- 6. Kemudian masukkan biji selasih pada lapisan atasnya.
- 7. Dah siap. Boleh try
TIPS:
- · Nak lagi sedap rasanya serta mendapatkan aroma yang lebih menarik, buat air gula dengan memasukkan daun pandan. In Shaa Allah lagi sedap & nyaman bila di minum.
- · Selamat mencuba.. In Shaa Allah sedap ..
Ulasan
Catat Ulasan