AIR SIRAP LAICI DIY SEDAP ABIS | DIY CRAFTS | DO IT YOURSELF

Masa Penyediaan: 5 minit           Jumlah Hidangan: Untuk 1 orang      

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi.. 

 

Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat AIR SIRAP LAICI MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap.. 


Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) 


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH : 

 

ü  Air laici termasuk buah– 1/3 cawan

ü  Perisa ros – 1 susu besar

ü  Air gula – 4-6 sudu besar

ü  Air – 1 cawan

ü  Ais

 

CARA PENYEDIAAN: 

 

  1. 1.       Sediakan air gula terlebih dahulu. Campurkan gula dengan air panas sehingga larut.
  2. 2.       Kemudian, masukkan perisa ros. Kacau sehingga sekata warna nya.
  3. 3.       Masukkan air supaya air sirap tidak terlalu manis.
  4. 4.       Masukkan ais ke dalam mug.
  5. 5.       Tuangkan air sirap yang dah siap tadi.
  6. 6.       Masukkan laici dan airnya sekali pada lapisan atas untuk dapatan rasa laici yang lebih sedap.

 

TIPS:

 

  • ·   Nak lagi sedap rasanya serta mendapatkan aroma yang lebih menarik, buat air gula dengan memasukkan daun pandan. In Shaa Allah lagi sedap & nyaman bila di minum.


Ulasan