Kenangan terindah semasa menyewa kat seksyen 19 Shah Alam ni.
Rumah dua tingkat dekat CIAST... Molek sangat sebab Mr HoHo dan Madam dulu belajar kat CIAST.. So, pergi class tu jalan kaki je..hihik..
Kat depan CIAST ni best, ada orang niaga nasi lemak... PERggggghhhhh... dia punya sedap tu mmg best sangat... Hari-hai makan pon x jemu lah... Ada jual kuih muih jugak... Pada sebelah pagi orang lain yang niaga, ada dua kedai...
Pada sebelah petang orang lain plak amik alih niaga.. Ada kuih muih dan nasi lemak juga.. Sebelah malam orang lain plak yang niaga.. Ada nasi lemak hijau, ada yang niaga burger...perghhh...sedapnya..Rinduuuuuu...
Kat belakang rumah pula, xde la belakang betul, jauh ckit...Tapi dengan moto, kejap je sampai..hahaha... Ada Medan Selera, ada kedai Aceh, kedai gunting semua.. Kat sini kami suka pergi makan kat kedai Makcik Kiah.. Kami suka layan tomyam... Kekadang pekena roti canai Mamat... Besttt oooo....
Alhamdulillah jiran kat sini baik-baik sangat..
Berjiran dengan pesara-pesara dan golongan orang yang bekerja semua lain sangat...Walaupun masing-masing sibuk, tetapi masih boleh bertegur sapa...
Syukur sangat walaupun jauh dengan family, tetapi diorang ni (jiran tetangga) dah macam ibu ayah...
Masa duk Seksyen 19 ni, Madam suka ke Masjid Al-Huda..
Alhamdulillah, kariah kat sini semuanya baik-baik sangat dan sentiasa mengambil berat pasal kami... Seronok sangat sebab Masjid Al-Huda ni aktif, setiap malam pasti ada ceramah.. Ustaz-ustaz plak memang best-best punya.. Kalau hari minggu pon ada ceramah agama juga tapi lepas Subuh..
Best duk sini, sekolah rendah plak tepi rumah je.. Xde la sunyi duk sini... Madam x de rezeki mengajar kat sekolah tepi umah.. Dapat ngajar jauh cikit kat Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Sekolah Menengah Seksyen 19.. Haaaa..gitu... Cikgu ganti :)
Jom layan deko uma Madam yang x berapa banyak gambar sangat kat sini..
Ulasan
Catat Ulasan