MEE GORENG BASAH DIY CEPAT RINGKAS PADU & SEDAP | DIY CRAFTS | DO IT YO...

Masa Penyediaan: 15 minit         Jumlah Hidangan: Untuk 5 orang makan       

Resepi Oleh: Madam Nour


Assalamualaikum semua yang disayangi.. 


Pada episod masakan kali ini MADAM nak tunjuk cara-cara untuk buat MEE GORENG BASAH CEPAT RINGKAS PADU SEDAP MEMANG MENJADI GITUU… In shaa Allah sedap... 


Ikuti Langkah Madam (In Shaa Allah Berjaya) ;-) 


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH : 

 

  • ü  Kangkung – 1 ikat
  • ü  Mee – 1 bungkus
  • ü  Bawang putih – 3 ulas
  • ü  Ayam – 1-2  ketul (bahagian isi)
  • ü  Tomato – 1-2 biji
  • ü  Cili giling – 2 sudu besar
  • ü  Kicap – secukupnya
  • ü  Kicap mee – 2-4 sudu besar
  • ü  Sos tiram – 1 sudu besar
  • ü  Sos cili -  secukupnya
  • ü  Air – 2 cawan


CARA PENYEDIAAN: 

 

  1. 1.       Panas kan sedikit minyak.
  2. 2.       Kemudian masukkan bawang putih yang di hiris.
  3. 3.       Kemudian masukkan cili giling.
  4. 4.       Bila warna cili dah berubah, masukkan ayam. Kacau –kacau bagi Nampak isi ayam dah kecut sedikit.
  5. 5.       Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan kicap mee. Kacau lagi.
  6. 6.       Kemudian masukkan mee. Gaul barukan rata.
  7. 7.       Kemudian masukkan air. Biarkan seketika sehingga mendidih.
  8. 8.       Seterusnya, masukkan kangkung dan tomato. Dah siap.

 

TIPS:

 

  • ·         Nak lagi sedap guna air stock ayam / daging. 
  • ·       Nak makan mee goreng dengan lebih sedap lagi, boleh hidangkan bersama timun dan asam limau.
  • ·         Nak makan lagi best, boleh la makan bersama sosej dana yam celup tepung. Nyummy nyummy. Sila lah menikmati mee goreng basah yang sedap versi Madam. 

Ulasan